Friday, December 10, 2010

Butik Emerald: Perkhidmatan Pembekalan Cenderahati Syarikat/Organ...

Butik Emerald: Perkhidmatan Pembekalan Cenderahati Syarikat/Organ...: "Syarikat Warisan NNS Resources juga menawarkan perkhidmatan pembekalan cenderahati syarikat/organisasi. Cenderahati-cenderahati ini se..."

UTM di Hatiku Sentiasa


UTM di Hatiku Selalu....

Thursday, December 2, 2010

Tips Mendidik Anak (Oleh Puan Sri Halijah)

Beserta ini ialah tips mendidik anak yang diberikan oleh Puan Sri Halijah (isteri kepada YBhg. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin Md Amin.

1)  Agama:  Didik anak dengan ilmu agama secukupnya.  Menurut Puan Sri Halijah, anak yang membesar diiringi bekalan agama yang cukup akan berfikir sebelum melakukan perkara yang salah kerana takut dengan dosa;

2)  Pelajaran:  Beri anak peluang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi baik ilmu secara formal atau tidak.  Ilmu adalah 'harta' yang sangat berguna untuk membantu kehidupan anak-anak pada masa depan, dunia dan akhirat;

3)  Dengan siapa dia berkawan:  Ambil berat tentang aktiviti luar rumah anak terutama dengan siapa dia berkawan.  Kata Puan Sri Halijah, kawan boleh mempengaruhi anak kita menjadi baik atau jahat; dan

4)  Fahami kecenderungan dan kelebihan anak:  Jangan paksa anak melakukan perkara yang tidak diminati kerana ia tidak akan menjadi.  Contoh yang dialami Puan Sri Halijah sendiri apabila anak pertama tidak mahu menjadi doktor sebaliknya memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan namun sebagai ibu beliau tetap merestui anaknya itu.

Selamat membaca.  Semoga anda akan mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan.
-Sharing is caring-

Tips Kejayaan Dari Orang Yang Berjaya

Salam Kegemilangan dan Salam 1 Malaysia,

Semalam saya membaca Majalah Wanita keluaran bulan Disember 2010.  Saya sangat tertarik apabila membaca mengenai kisah orang yang saya andaikan boleh dikategorikan sebagai paling berjaya di dalam hidup serta berjaya di dalam mendidik anak-anaknya.  Anak-anaknya seramai lapan (8) orang yang terdiri dari tujuh (7) perempuan dan satu (1) lelaki semuanya berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya masing-masing.  Orang tersebut tak lain tak bukan ialah Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin Md Amin dan Puan Sri Halijah.  Antara kata-kata hikmah yang diberikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin adalah seperti berikut:

  1. Sekiranya ada cita-cita, maka ada alasan untuk meneruskan hidup;
  2. Belief in GOD.  GOD don't expect ordinary man to perform miracle.  But GOD expect ordinary man to do ordinary thing extra ordinary (Percaya kepada ALLAH.  ALLAH SWT tidak mengharap manusia biasa untuk mencipta keajaiban.  Tetapi ALLAH SWT menjangkakan manusia biasa untuk melakukan perkara biasa pada kadar luar biasa); dan,
  3. When the going gets though, only the thoughs get going (petikan kata-kata dari anak beliau Mazuin).
Menarik bukan.  Sama-samalah kita hayati dan semoga kita sama-sama mendapat kejayaan dan YBhg. Tan Sri boleh dijadikan sebagai idola dan sumber inspirasi untuk kita melangkah ke hadapan.

Akhir kata, selamat maju jaya.
-Sharing is caring-

Wednesday, December 1, 2010

Penipuan Boleh Berlaku di Mana-mana

Sekadar Pandangan.

Penipuan boleh berlaku di mana-mana kan.  Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan perwatakan orang yang buat bisnes dan mengaitkan madrasah atau sekolah tahfiz sebagai sebahagian dari kebajikan mereka.  Pengalaman saya, jika nak buat bisnes dobi, tak perlu lah nak mohon francais.  Lebih baik kita buat sendiri kerana ia lebih berbaloi berbanding melabur di dalam francais.  Namun begitu, bukan semua francais melakukaan penipuan.  Hanya francais yang nak cepat kaya dan pakai kereta mewah yang berharga ratusan ribu pasti akan melakukan penipuan.  Apa pun sebelum menjadi mangsa, sebaiknya semak latar belakang syarikat yang anda berminat untuk melabur dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).  Laman webnya ialah http://www.kpdnkk.gov.my/francais/senarai.php.  Semoga diri-diri anda sekalian yang berminat untuk buat perniagaan francais tidak akan kena tipu.  Bagi yang rasa-rasa dah kena tipu, jangan lupa buat laporan polis dan majukan laporan ke KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.  Hak di tangan anda.

Sekian, Wassalam.