Sekadar Pandangan.
Penipuan boleh berlaku di mana-mana kan. Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan perwatakan orang yang buat bisnes dan mengaitkan madrasah atau sekolah tahfiz sebagai sebahagian dari kebajikan mereka. Pengalaman saya, jika nak buat bisnes dobi, tak perlu lah nak mohon francais. Lebih baik kita buat sendiri kerana ia lebih berbaloi berbanding melabur di dalam francais. Namun begitu, bukan semua francais melakukaan penipuan. Hanya francais yang nak cepat kaya dan pakai kereta mewah yang berharga ratusan ribu pasti akan melakukan penipuan. Apa pun sebelum menjadi mangsa, sebaiknya semak latar belakang syarikat yang anda berminat untuk melabur dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Laman webnya ialah http://www.kpdnkk.gov.my/francais/senarai.php. Semoga diri-diri anda sekalian yang berminat untuk buat perniagaan francais tidak akan kena tipu. Bagi yang rasa-rasa dah kena tipu, jangan lupa buat laporan polis dan majukan laporan ke KPDNKK untuk tindakan selanjutnya. Hak di tangan anda.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment