Beserta ini ialah tips mendidik anak yang diberikan oleh Puan Sri Halijah (isteri kepada YBhg. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin Md Amin.
1) Agama: Didik anak dengan ilmu agama secukupnya. Menurut Puan Sri Halijah, anak yang membesar diiringi bekalan agama yang cukup akan berfikir sebelum melakukan perkara yang salah kerana takut dengan dosa;
2) Pelajaran: Beri anak peluang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi baik ilmu secara formal atau tidak. Ilmu adalah 'harta' yang sangat berguna untuk membantu kehidupan anak-anak pada masa depan, dunia dan akhirat;
3) Dengan siapa dia berkawan: Ambil berat tentang aktiviti luar rumah anak terutama dengan siapa dia berkawan. Kata Puan Sri Halijah, kawan boleh mempengaruhi anak kita menjadi baik atau jahat; dan
4) Fahami kecenderungan dan kelebihan anak: Jangan paksa anak melakukan perkara yang tidak diminati kerana ia tidak akan menjadi. Contoh yang dialami Puan Sri Halijah sendiri apabila anak pertama tidak mahu menjadi doktor sebaliknya memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan namun sebagai ibu beliau tetap merestui anaknya itu.
Selamat membaca. Semoga anda akan mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan.
-Sharing is caring-
No comments:
Post a Comment