Semalam saya membaca Majalah Wanita keluaran bulan Disember 2010. Saya sangat tertarik apabila membaca mengenai kisah orang yang saya andaikan boleh dikategorikan sebagai paling berjaya di dalam hidup serta berjaya di dalam mendidik anak-anaknya. Anak-anaknya seramai lapan (8) orang yang terdiri dari tujuh (7) perempuan dan satu (1) lelaki semuanya berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya masing-masing. Orang tersebut tak lain tak bukan ialah Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin Md Amin dan Puan Sri Halijah. Antara kata-kata hikmah yang diberikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin adalah seperti berikut:
- Sekiranya ada cita-cita, maka ada alasan untuk meneruskan hidup;
- Belief in GOD. GOD don't expect ordinary man to perform miracle. But GOD expect ordinary man to do ordinary thing extra ordinary (Percaya kepada ALLAH. ALLAH SWT tidak mengharap manusia biasa untuk mencipta keajaiban. Tetapi ALLAH SWT menjangkakan manusia biasa untuk melakukan perkara biasa pada kadar luar biasa); dan,
- When the going gets though, only the thoughs get going (petikan kata-kata dari anak beliau Mazuin).
Akhir kata, selamat maju jaya.
-Sharing is caring-
No comments:
Post a Comment